KERTAS 3

TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3 2014

SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK DOWNLOAD:

  TEMA UMUM SEJARAH KERTAS 3

CONTOH 1

UNTUK COPY LIHAT PADA BGHN 3(2)

CADANGAN JAWAPAN
CONTOH 2

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Latar belakang sistem Demokrasi Berparlimen
  • Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.
  • Sistem pemerintahan dan pentadbiran negara selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
  • Negara demokrasi lahir dpd perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
  • Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi.
  • Sistem Raja Berperlembagaan iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri
  • Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
  • Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak merdeka pada tahun 1957.
  • Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
  • Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
  • Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
  • Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya
  • Rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaaan yang sedia ada melalui pilihanraya
  • Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
  • Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
  • Sistem Demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.
Konsep Perlembagaan
  • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
  • Tujuan perlembagaan adalah sebagai dokumen rasmi negara.
  • Mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
  • Parti politik yang mentadbir akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
  • Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
  • Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 september 1963 mengandungi 183 perkara.
  • Perlembagaan ini mengandungi peruntukan seperti senarai kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan senarai bersama.
  • Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan badan kehakiman.
  • Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri kerana Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan
  • Negeri -negeri yang bergabung dengan persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dlm perlembagaan negeri

Keluhuran perlembagaan
  • Bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
  • Bukti keluhuran perlembagaan ialah kuasa parlimen, kedudukan Yang Dipertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh perlembagaan
  • Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan
  • Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.
  • Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, parlimen, jemaah Menteri, dan mahkamah
  • Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah

Sebab-sebab pindaan Perlembagaan
·                  Melindungi kepentingan rakyat.
·                  Menjaga keselamatan Negara.
·                  Melicinkan urusan.
·                  Supaya sentiasa releven.
·                  Sesuai dengan keperluan semasa.
·                  Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.
·                  Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
·                  Melarang perkara sensitif  dipersoalkan secara terbuka.
·         Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya.
·                  Mengelakkan perbalahan kaum.
·                  Memelihara keselamatan/ketenteraman/ keharmonian masyarakat.

PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Maksud dan Latar Belakang Pilihan Raya
·         Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
·                  Pemilihan ini dilakukan secara sulit menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
·                  Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
·                  Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
·                  Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
·                  Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
·                  Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
·         Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
·         Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
·         Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Tujuan Pilihan Raya
·            Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
·            Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
·            Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongaan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
·            Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
·            Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.

Proses Pilihan Raya di Malaysia
·            Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
·            Penamaan calon.
·            Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding.
·            Pelancaran kempen pilihan raya.
·            Pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR.
·            Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat pengundian.
·            Pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi.
·            Pembuangan undi.
·            Pengiraan undi.
·            Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

Kelayakan Calon
·            Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari.
·            Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
·            Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
·            Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
·            Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.
·            Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

Kelayakan Pengundi
·            Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
·            Menuruf perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihanraya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri mengundi dalam pilihanraya tersebut.
·            Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihanraya sahaja.
·            Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.

Kempen Pilihan Raya
·            Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan sama ada dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen.
·            Tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.
·            SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia.
·            Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam.
·            Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.
·            Tujuannya untuk memastikan piliharaya dijalankan dengan efektif dan adil.

Kepentingan Pilihan Raya
·            Pilihanraya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi.
·            Setiap warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.
·            Mereka harus melibatkan diri dalam poses memilih pemimpin negara serta menentukan  bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.

Sebab-Sebab Demokrasi Berparlimen diamalkan di Malaysia
·                     Melahirkan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin yang dipilih.
·                     Rakyat terlibat dalam menentukan hala tuju politik negara.
·                     Memberi ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemimpin.
·                     Dapat menentukan pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti.
·                     Rakyat mempunyai hak bersuara, berpolitik dan berpersatuan.
·                     Pemimpin yang terpilih akan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada rakyat.
·                     Ekonomi negara akan berkembang maju.
·                     Mengekalkan kestabilan politik negara.

Kebaikan Amalan Demokrasi
·         Mengekalkan kedaulatan kerajaan.
·         Kerajaan dipilih oleh rakyat.
·         Berpeluang menentukan kepimpinan negara.
·         Menentukan masa depan negara.
·         Segala pemasalahan diselesaikan melalui rundingan.
·         Kecekapan pentadbiran negara.
·         Kestabilan negara aman.
·         Memudahkan perancangan kerajaan.
·         Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
·         Menjamin hak rakyat.
·         Mengurangkan tekanan antarabangsa.
·         Memperkukuhkan perpaduan.
·         Mengekalkan perkongsian kuasa.
·         Kerajaan stabil.
·         Kemajuan ekonomi.
·         Menarik pelaburan asing.

Cara-Cara Sistem Demokrasi di Malaysia Dapat dikekalkan
·         Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.
·         Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.
·         Mengelakkan campur tangan asing dalam urusan negara.
·         Mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum.
·         Semangat demokrasi harus disuburkan di peringkat sekolah.
·         Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.
·         Kekalkan sistem pilihanraya yang adil dan bebas.
·         Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.
·         Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.
·         Mengutamakan kepentingan negara.

Kebaikan Sistem Pemerintahan Demokrasi
·         Rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan.
·         Rakyat boleh bersuara dan kemukakan pandangan.
·         Pemimpin tidak berkuasa mutlak.
·         Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya.
·         Menjamin hak asasi rakyat.
·         Memastlkan keamanan.
·         Menjamin kerajaan yang adil dan stabil.
·         Kedaulatan di tangan rakyat.

Cara-Cara Mengekalkan Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara
·         Menjaga nama baik negara.
·         Mewujudkan kerjasama.
·         Sanggup berkorban demi kebaikan bersama.
·         Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat.
·         Bertolak ansur dalam politik.
·         Merealisasikan dasar-dasar kerajaan.
·         Menghayati sejarah perjuangan para pejuang negara.
·         Menghormati lambang-lambang negara.

PERANAN BADAN KEHAKIMAN DAN SISTEM MAHKAMAH

Badan kehakiman
·         Menentukan kesahihan undang-undang
·         Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
·         Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.
·         Perkara sivil berkaitan dengan saman.
·         Biasanya memerlukan afidavit (keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam).
·         Perkara jenayah melibatkan kanun keseksaan.

Sistem mahkamah
·         Berkuasa mentafsir perlembagaan negara.
·         Mentfsir undang-undang.
·         Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
·         Berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi  undang-undang.
·         Melaksanakan undang-undang
·         Tidak boleh meminda undang-undang.

CIRI-CIRI BADAN PERUNDANGAN (LEGISLATIF)
·         Berperanan mengubal undang-undang oleh Parlimen.
·         Bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
·         Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara
·         Merupakan dewan tertinggi
·         Mengandungi 69 orang ahli.
·         Mewakili setiap negeri.
·         Ahli digelar Senator.
·         Tempoh keanggotaan adalah tiga tahun.
·         Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.
·         Senator setaraf sama dengan Ahli Parlimen.
·         Beliau boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
·         Senator dilantik tanpa melalui pilihan raya oleh Yang di-Pertuan Agong.
·         Terdiri daripada individu yang memberi sumbangan cemerlang dan berpengalaman.
·         Dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian, dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
·         Keahlian Dewan Negara dibahagikan kepada tiga kumpulan.
·         Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
·         40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional.

Dewan Rakyat
·         Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting.
·         Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
·         Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli.
·         Mereka mewakili semua kawasan pilihan raya.
·         Tempoh keanggotaannya lima tahun.
·         Tugas utama menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat.

BADAN PELAKSANA (EKSEKUTIF)

Jemaah Menteri
·         Terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet.
·         Merupakan badan pelaksana dasar kerajaan.
·         Pembuat dasar tertinggi negara.
·         Diketuai oleh Perdana Menteri.
·         Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

Kementerian
·         Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.
·         Merancang serta menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial.
·         Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri.

Menteri
·            Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri , Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
·            Menteri yang  tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.
·            Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Perkhidmatan Awam                                   
·                       Perkhidmatan Awam diketuai oleh setiausaha Negara(KSN).
·                       Bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.
·                       Pentadbiran kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSK).
·                       KSK dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam.
·                       Kakitangan awam melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
·                       Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan dengan gelaran Ketua Pengarah.

Badan Berkanun
·               Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan.
·               Mempunyai kuasa autonomi tertentu.
·               Mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
·            Ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.

Suruhanjaya
·            Mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan pemantauan disiplin.
·            Antara Suruhanjaya ialah Perkhidmatan Awam(SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

Kronologi proses meluluskan undang-undang di Parlimen.
·            Proses meluluskan undang-undang di Parlimen dicadangkan oleh kementerian.
·            Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara.
·            Pembacaan pertama di Dewan Negara dan
·            Pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.
·            Pembacaan kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang dibahaskan.
·            Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
·            Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat dan
·            Rang undang-undang dibahaskan semula sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara.
·            Pembentangan di Dewan Negara menjalankan proses yang sama seperti di Dewan Rakyat
·            Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan dicop mohor.
·            Pewartaan atau pemberitahuan undang-undang dalam Warta Kerajaan.

Kepentingan pengagihan kuasa kepada tiga badan pentadbiran
·                     Menjamin kesejahteraan hidup rakyat
·                     Pengagihan kuasa bagi mengelakkan pemusatan kuasa berlaku.
·                     Berperanan untuk mengimbangi check and balance dalam pentadbiran.
·                     Pengagihan kuasa dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat.
·                     Dapat menjamin kebebasan rakyat dan hak asasi rakyat dilindungi.
·                     Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran.
·                     Menjadikan sistem pentadbiran yang sistematik.
·                     Pengagihan kuasa dapat mengurangkan bebanan tugas.
·                     Dapat membantu pembangunan negara yang pantas.
·                     Dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam pentadbiran.
·                     Mengelakakan perbalahan dalam bidang pentadbiran.

Usaha-usaha meningkatkan kecekapan  pentadbiran
·                     Kerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan.
·                     Mengamalkan budaya kerja yang mesra pelangan
·                     Menggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran seperti dikaunter perkhidmatan.
·                     Mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas.
·                     Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran.

Ciri-ciri pemimpin negara
·                     Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang politik, ekonomi dan sosial.
·                     Menggunakan sistem pentadbiran yang moden .
·                     Menolak amalan rasuah dan mengukuhkan integriti dalam pentadbiran.
·                     Seorang yang menepati masa dan melicinkan urusan pentadbiran.
·                     Pemimpin yang mahir dalam ICT dan menggunakannya dalam urusan pentadbiran.
·                     Seorang yang profesional dalam tindakanya.

Peranan badan perlaksana
·            Pembuat dasar tertinggi Negara.
·            Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
·            Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri.
·            Mengetuai kementerian dan beberapa kementerian.
·            Kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan / merancang dan menyelaras program pembangunan ekonomi dan social.
·            Terdapat 26 kementerian.
·            Kementerian diketuai seorang menteri.
·            Dibantu oleh timbalan menteri / setiausaha parlimen/ politik.
·            Menteri tak berpotfolio.
·            Perkhidmatan awam diketuai setiausaha Negara.
·            Pentadbiran diketuai Ketua Setiausaha Negara
·            Dibantu oleh kakitangan kerajaan.
·            Bertanggungjawab melaksanakan tugas.
·            Jabatan diketuai oleh ketua pengarah.
·            Jabatan di peringkat pusat/ daerah.
·            Badan berkanun berkuasa autonomi.
·            Mempunyai kewangan sendiri.
·            Ditadbir lembaga pengarah.
·            Penubuhan suruhanjaya.

Kebaikan sistem pemerintahan demokrasi  
·                     Rakyat terlibat dalam memilih/ membentuk kerajaan.
·                     Rakyat boleh bersuara/ kemukakan pandangan
·                     Pemimpin tidak  berkuasa mutlak
·                     Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya
·                     Menjamin hak asasi rakyat
·                     Memastikan keamanan
·                     Menjamin kerajaan yang adil/ stabil
·                     Kedaulatan di tangan rakyat

Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negara
·         Mengekalkan kedaulatan negara.
·         Kerajaan dipilih oleh rakyat.
·         Berpeluang menentukan kepimpinana negara.
·         Menentukan masa depan negara
·         Berpeluang menentukan kepimpinan negara
·         Menentukan masa depan negara.
·         Segala permasalahan di selesaikan melalui rundingan.
·         Kecekapan pentadbiran negara
·         Kestabilan negara aman.
·         Memudahkan perancangan kerajaan
·         Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
·         Menjamin hak rakyat.
·         Mengurangkan tekanan antarabangsa.
·         Memperkukuhkan perpaduan.
·         Mengekalkan perkongsian kuasa.
·         Kerajaan  stabil.
·         Kemajuan ekonomi.
·         Menarik pelaburan asing.

Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.
·         Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul.
·         Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betul.
·         Mengelakkan campur tangan asing.
·         Mengekalkan keharmonian hidup pelbagainkaum.
·         Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah lagi.
·         Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri.
·         Kekalkan sistem pilihanraya dan adil dan bebas.
·         Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara.
·         Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa.
·         Mengutamakan kepentingan negara.

Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita.
·         Menganggotai mana-mana parti politik.
·         Mendaftar sebagai pemilih.
·         Menjadi calon pilihan raya.
·         Bertanding atas parti atau calon bebas.
·         Memilih pemimpin yang bertanggungjawab.
·         Memilih pemimpin yang amanah.
·         Memilih pemimpin berwawasan.
·         Memilih pemimpin yang mesra rakyat.
·         Tidak menyertai demonstrasi haram.
·         Tidak menganggotai pertubuhan haram.
·         Memilih pemimpin.
·         Menghormati hak asasi manusia.
·         Patuh pada undang-undang negara.
·         Bertolak ansur.
·         Bekerjasama.
·         Hormat-menghormati

Kejayaan yang dicapai oleh negara kita
·         Pemodenan pertanian.
·         Perkembangan teknologi.
·         Pelaksanaan k-ekonomi.
·         Tumpuan pelancong asing.
·         Hubungan antarabangsa berkembang
·         Kemajuan sistem pengangkutan.
·         Kemajuan sistem komunikasi.
·         Pembuatan automobil/ industri berat.
·         Sektor perkilangan.
·         Industri elektronik.
·         Pembangunan wilayah.
·         Koridor raya multimedia.
·         Penganjuran sukan antarabangsa.
·         Hub pendidikan bermutu.
·         Pusat kecemerlangan pendidikan.
·         Pusat kecemerlangan pendidikan.
·         Universiti berkembar dengan universiti terkenal luar negara.

Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.
·         Kemunculan golongan radikal.
·         Masalah perpaduan.
·         Kewujudan pelbagai kaum.
·         Gejala sosial.
·         Perlakuan jenayah.
·         Kebanjiran pendatang asing.
·         Peluang pekerjaan.
·         Globalisasi.
·         Masalah kemiskinan.
·         Jurang ekonomi antara kaum.

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
·         Memperkukuh perpaduan.
·         Penguatkuasaan undang-undang.
·         Mewujudkan konsep 1 Malaysia.
·         Memastikan Wawasan 2020 tercapai.
·         Menghayati Rukun Negara.
·         Mewujudkan rakan cop.
·         Menambah peluang pekerjaan
·         Memperketatkan kawalan sempadan.

Nilai-nilai murni atau iktibar yang dapat diambil daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah
·         Memelihara perpaduan
·         Mengekalkan keamanan
·         Bersikap toleransi
·         Bersedia menerima perubahan
·         Saling memahami
·         Bertanggungjawab
·         Bersikap inovatif dan kreaktif.
·         Patuh kepada undang-undang
·         Menghormati pemimpin
·         Semangat cintakan Negara
·         Menghormati lambang Negara

Cara mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara
·         Menjaga nama baik Negara
·         Mewujudkan kerjasama
·         Sanggup berkorban demi kebaikan bersama
·         Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat
·         Bertolak ansur dalam politik
·         Merealisasikan dasar – dasar kerajaan
·         Menghayati sejarah perjuangan para pejuang Negara
·         Menjayakan konsep 1 Malaysia
·         Patuh kepada undang-undang
·         Setia kepada pemimpin
·         Menjaga kedaulatan negara

Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di Malaysia.
·         Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar
·         Menghormati lambang-lambang kebesaran.
·         Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan yang di Pertuan Agong dan raja.
·         Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja
·         Mencari maklumat berkaitan melalui internet
·         Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu
·         Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.

CADANGAN KESIMPULAN
Pengetahuan:
·         Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
·         Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pelaksanaan, dan badan kehakiman.
·         Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran.

Iktibar
·         Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara.
·         Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
·         Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara.
·         Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.
·         Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara.

Harapan  
·         Ialah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia.
·         Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran negara.

 _________________________________________________________________________________

CONTOH 3

Soalan 1

Berikan latar belakang demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.(5 markah)           

                  Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu  Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi beraja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.   (m/s 161-162)

Soalan 2

Bolehkan anda berikan definisi atau maksud demokrasi berparlimen   (5 markah)

            Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu  menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk  kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.    (m/s 161-162)

Soalan 3

Senaraikan Ciri-ciri demokrasi berparlimen                             (15 markah)

Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia terbahagi kepada perlembagaan, Raja Berpelembagaan, Parlimen, Pilihan Raya, Kuasa pemerintahan Parti-parti politik dan Kebebebasan hak asasi. Ciri-ciri demokrasi berparlimen pada peringkat Kerajaan Persekutuan atau pusat diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Negara.

Pada peringkat negeri atau Kerajaan Negeri adalah  sultan atau raja. Yang di-Pertuan Agong akan dibantu oleh Perdana Menteri manakala sultan oleh Menteri Besar. Rakyat terlibat dalam pemerintahan dan Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat juga berpeluang membentuk kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Di samping itu, rakyat juga berhak menyokong, mengekal dan menukar kerajaan melalui pilihan raya.  

Pemerintahan dalam sistem demokrasi berparlimen berasaskan perlembagaan dan membenarkan perlembagaan dipinda. Di samping itu, menjaga hak kebebasan rakyat yang membenarkan parti-parti politik dibentuk dan menyertai pilihan raya. Di samping itu, terdapat Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Demokrasi berparlimen juga berasaskan konsep Raja Berperlembagaan. (m/s 161-162)

Soalan 4

Jelaskan kepentingan Perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen                                                                                                    (15 markah)

            Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pemerintahan. Selain itu, perlembagaan menentukan bentuk kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Rakyat memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Contohnya Perkara 25 menyebut, seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara.

Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan juga menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Contohnya, hak kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan itu, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.          

Kepentingan lain ialah perlembagaan memperuntukkan peranan Yang di Dipertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa mengabaikan hak-hak kaum lain. Hak tersebut adalah biasiswa, lessen perniagaan dan sebagainya.  

Perlembagaan juga boleh menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri dan dengan situasi ini, pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa ada perbalahan. (m/s 163-164)

Soalan 5

Jelaskan tujuan  dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia yang terdapat dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. (15 markah)

 Tujuan  pindaan perlembagaan dibuat oleh  Parlimen Malaysia  adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara.

Selain itu  pindaan juga  bertujuan supaya perlembagaan sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan  ini menjadikan perlembagaan  sebagai undang- undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela  hati. Perlembagaan yang dipinda melarang Perkara Sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan seperti pemerintahan beraja, kedudukan Bahasa Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera.

Akta hasutan 1970, melarang individu daripada membincangkan  atau bercakap dan menyentuh sensitiviti atau menimbulkan hasutan sehingga menimbulkan perbalahan kaum. Tujuannya bagi memelihara keselamatan dan ketenteraman serta keharmonian masyarakat.

Terdapat  empat kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Kaedah pertama melibatkan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga dewan parlimen dan persetujuan Majlis Raja- Raja. Perkara pindaan yang termasuk dalam kaedah ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis Raja- Raja Melayu, kewarganegaraan  dan perubahan sempadan negeri.

 Manakala kaedah kedua  melibatkan persetujuan majoriti lebih dua pertiga dewan parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Perkara  yang dipinda  seperti keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah tinggi di Sarawak  dan Sabah. Perkara Perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan keistimewaan orang bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kaedah ketiga  pula  ialah  melibatkan persetujuan lebih suara dua pertiga  dewan parlimen dalam perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.

Kaedah keempat pula  melibatkan persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaannya berkaitan dengan kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli dewan Negara serta persempadanan pilihanraya.  (m/s 165-166)

Soalan 6

Huraikan dengan terperinci bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong                   (10 Markah)

Yang di-Pertuan Agong (YDA)  selain mengetuai tiga badan Kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman, adalah juga   Ketua Negara Malaysia. Baginda bertindak mengikut perlembagaan Malaysia, di mana baginda boleh memanggil dan membubarkan parlimen.

Yang di-Pertuan Agong juga  merupakan Kuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampun dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Selain itu, bidang kuasa baginda yang lain  menjaga, memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda  juga berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu bersidang.

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga merangkumi  Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Baginda juga berkuasa melantik Perdana Menteri, memecat menteri dan timbalan menteri atas nasihat Perdana Menteri.

YDA juga boleh mengisytiharkan undang-undang Darurat di bawah Undang-undang X jika keselamatan  Negara terancam.      (m/s 168)
 
Soalan 7

Huraikan ciri-ciri /Fungsi Badan-badan Kerajaan.   (30 markah)

            Badan kerajaan terdiri daripada Badan Perundangan/Legislatif, Badan Pelaksanaan/Eksekutif dan  Badan Kehakiman/Judisiari

a) Badan Perundangan/Legislatif  (10 markah)

Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan, menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.  Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri. Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.  Seseorang senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan  mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahunTaraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. (P172)

b) Badan Pelaksanaan/Eksekutif (10 markah)

Badan Pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri meupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

Dewan Rakyat terdiri daripada ahli yang dilantik melalui proses pilihan raya. Tempoh jawatan mereka adalah lima tahun. Tugas ahli, menggubal dan meluluskan undang-undang peringkat Dewan Rakyat.

Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang tidak diberkan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.

Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam, contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.  Badan kerajaan dikenali sebagai Badan Berkanun, iaitu separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.(p 172)

c) Badan Kehakiman/Judisiari  (10 markah)

Sistem mahkamah diwujudkan bagi melaksanakan tugas kehakiman di Negara ini. Sistem ini disusun berasaskan sistem hieraki piramid. Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah juga melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

         Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya  hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.

        Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara yang berperanan sebagai Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan dan dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

Soalan 8.

Jelaskan konsep pilihan raya dalam yang diamalkan di Malaysia.

Pilihan raya adalah elemen penting dalam amalan demokrasi. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat samada di peringkat negeri atau persekutuan. Terdapat dua jenis pilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Pilihan Raya Umum diadakan serentak di seluruh Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak yang menjalankan pilihan raya berasingan bagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka. 

Pilihan Raya Kecil diadakan apabila berlaku kekosongan pada mana-mana kerusi parlimen atau DUN hasil daripada kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan dan biasanya diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

 Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan secara sulit dengan menggunakan prosedur telus dan teratur oleh Badan Bebas iaiti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Proses pengiraan undi dibuat secara terbuka dan direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira sebagai pemenang. (m/s 177)

Soalan 9

Jelaskan manafaat atau keistimewaan/kelebihan pilihan raya kepada rakyat dan Negara /keistimewaan perlaksaan demokrasi dalam Negara.  (10 markah)

Pilihan raya mendidik pemimpin bertanggung jawab apabila diberi mandat, dan akan hilang mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan raya akan berlaku persaingan sihat di kalangan ahli politik untuk membantu rakyat. Pilihanraya juga  menjadikan rakyat bertanggung jawab untuk memilih pemimpin. Rakyat berpeluang memilih parti politik yang baik untuk membentuk kerajaan.

 Saya juga berpendapat melalui pilihan raya, mana-mana individu berpeluang untuk menjadi calon ahli dewan Rakyat (peringkat pusat atau negeri) Idea-idea baharu dapat dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin baharu. Pilihan raya memberi peluang rakyat untuk samada mengekalkan atau menukarkan kerajaan. Saya juga berpendapat pilihan raya  memberi peluang parti politik menyediakan  manifesto atau akur janji untuk rakyat. Akhirnya, pilihan raya mendidik rakyat untuk mengambil tahu perkembangan politik  semasa yang berlaku di negara kita, dan menentukan corak pemerintahan demokrasi yang tulen melalui pilihan raya.

Soalan 10

Huraikan dengan terperinci konsep dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)

(15 markah)

Malaysia merupakan sebuah Negara persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam pentadbiran negara meliputi aspek ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan. Kuasa eksekutif bagi  Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri pula menjalankan kuasa bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Kerajaan Negeri berkuasa dalam pentadbiran negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak pada Sultan atau Yang Dipertua  Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri  dilantik oleh Sultan atau YDP Negeri.

Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan meliputi Hal Ehwal Luar Negeri, Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri pula mengikut Senarai Negeri merangkumi Undang-Undang Islam dan Tanah. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama merangkumi Kebajikan Sosial, Biasiswa dan Taman Negara.

Soalan 11 Jelaskan Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam Negara ini.

(10 markah)

Sistem demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan kepada negara  dan rakyat. Dari sudut social, Negara akan menjadi aman dan terhindar dari berlakunya perpecahan kaum kerana pemilihan dijalankan secara telus, benar dan teratur oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya. (SPR)

 Hal ini akan memberi lonjakan dari segi ekonomi, di mana situasi Negara akan menarik ramai pelabur asing dan mereka akan menanam modal di negara kita, sekaligus membentuk situasi ekonomi yang lebih stabil dan dinamik. Ekonomi yang stabil juga akhirnya akan membentuk situasi negara yang aktif dalam persada perdagangan antarabangsa.

Jika dilihat dari sudut politik, melalui Sistem demokrasi berparlimen juga rakyat bebas bersuara. Mereka bebas memilih pemimpin dan ini akan menjamin kestabilan politik dalam negara. Ramai pelancong asing akan datang dan hal ini akan menaikkan  imej negara . Malaysia akan dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam semua bidang.

Soalan 12 Bincangkan kebaikan/kepentingan/keistimewaan  pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.)                                  (10 markah)

Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil. Kerajaan Pusat tidak akan campurtangan dalam pentadbiran negeri dan sebaliknya.

 Di samping itu, akan mewujudkan pentadbiran yang seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa juga akan menyebabkan pentadbiran menjadi lebih cekap. Pembangunan antara negeri akan menjadi lebih mantap. Selain itu, perpaduan akan menjadi lebih erat di kalangan rakyat.

Pengagihan kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga akan menyebabkan program pembangunan Negara yang disusun akan menjadi lebih lancar. Hal ini juga dapat memupuk semangat taat setia kepada negara. Keamanan negara akan dapat dikekalkan. Seterusnya, keharmonian masyarakat tetap terpelihara. Akhir sekali, pengagihan ini dapat mengurangkan beban kerajaan pusat yang terpaksa menanggung kos bagi semua elemen dalam pentadbiran negeri.

Soalan 13

Bagaimanakah kejayaan dapat dibentuk Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen sehingga Malaysia dihormati di persada antarabangsa.

(10 markah)

Amalan demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik yang menyebabkan negara kita dapat mengamalkan dasar dasar berkecuali.  Amalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadikan Malaysia pusat tumpuan pelaburan antarabangsa akibat kemakmuran ekonomi negara.            

Amalan sistem demokrasi yang mementingkan pilihan rakyat dengan pengekalan perpaduan kaum telah menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara aman dan damai. Selain itu, amalan pilihan raya yang telus berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawa dan terserlah sebagai tokoh dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem pemerintahan demokrasi yang berjaya membangunkan bidang sosial dan pendidikan telah menyebabkan Malaysia menjadi hub pendidikan antarabangsa. .            

Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya meningkatkan ekonomi telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Negara Dunia Ketiga.. Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya membentuk identiti Malaysia menyebabkan Malaysia dianggap sebagai Negara berbilang kaum yang paling unik.. Amalan memberikan kebebasan kepada Negara agar mencapai objektif Wawasan 2020 iaitu  melahirkan masyarakat berminda kelas  pertama.

Soalan 14

Nyatakan usaha-usaha yang boleh dijalankan bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen/ nyatakan peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. / Bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh warganegara Malaysia bagi memastikan amalan demokrasi dijalankan.

(10 markah)

Usaha bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara kita ialah senantiasa menghormati keluhuran perlembagaan negara. Sebagai rakyat, kita mestilah mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Rukun Negara Malaysia. Contohnya, menghormati Raja dan pemimpin Negara Malaysia.

Selain itu, kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh. Sebagai rakyat, sudah menjadi keperluan tidak terlibat dengan anasir yang boleh merosakka negara seperti perhimpunan di jalanan.

Seterusnya mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada pengamalan demokrasi berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya menyemai semangat cinta akan negara di kalangan rakyat. Semangat perpaduan diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat agar kedaulatan negara terpelihara. Kita dilarang menimbulkan isu-isu sensitif dan sentiasa berpegang teguh dengan nilai sejagat.

Pengenalan dakwat kekal semasa pilihan raya contohnya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) juga merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara.

Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kita juga haruslah menyokong dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Seterusnya, kita mestilah meningkatkan semangat jati diri agar tidak terpengaruh dengan gejala negatif. Setiap warganegara perlu menghormati pemimpin negara dan mengamalkan semangat toleransi serta meningkatkan ilmu pengetahuan. Kita haruslah berusaha meningkatkan taraf hidup. Akhir sekali, mewujudkan perpaduan antara kaum dan mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah.

Soalan 15

Jelaskan cabaran-cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)

(10 markah)

            Cabaran yang dihadapi ialah berlakunya masalah rasuah dalam proses pemilihan pemimpin dalam Parti-parti politik. Pilihanraya juga tercemar dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sering mengadakan protes atau demonstrasi jalanan. Rakyat juga mudah terpengaruh dengan idea media sosial baru terutamanya campurtangan negara luar. Media-media asing termasuk saluran intenet sering menggunakan elemen negatif bagi memburukkan negara.  Selain itu,institusi beraja akan turut dipersendakan dan perpaduan kaum akan sukar dicapai. Segelintir rakyat juga kurang menghayati semangat patriotik.

            Untuk mengatasi cabaran di atas pihak SPRM dan Badan Pencegah Rasuah mestilah menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk membendung masalah rasuah. Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan segera kepada ahli-ahli politik yang mencemarkan sistem pilihan raya. Selain itu, akta baru perlu digubal bagi membendung hak kebebasan bersuara yang melampau. Peranan SPR perlu dimantapkan lagi, bagi menjamin pilihanraya yang lebih adil.

            Pihak polis perlu memperketatkan pemberian permit dan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada penganjur yang mengadakan perhimpunan. Rakyat pula perlu diberi ilmu keagamaan yang secukupnya supaya dapat menilai baik buruk bahan yang terdapat dalam media sosial terkini. Manakala pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja perlulah menerima hukuman setimpal. Seluruh rakyat perlu mengamalkan konsep 1 Malaysia dan mengamalkan penghayatan Rukun Negara secara mendalam.

Soalan 16

Nyatakan nilai-nilai murni & Iktibar yang boleh didapati daripada perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen)                            (5 markah)

            Nilai-nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan  demokrasi  berparlimen ialah memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin negara. Setiap warganegara bertanggungjawab memilih pemimpin yang jujur,dan amanah agar dapat membina negara yang berintegriti. Setiap rakyat mesti menghormati pemimpin negara yang telah dipilih secara adil dalam proses pilihan raya agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mesti memikul tanggungjawab mengekalkan keamanan negara supaya keadaan politik negara menjadi stabil.

        Kita juga mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat dapat membuat keputusan untuk mengekalkan  kerajaan berwibawa. Kita hendaklah mematuhi undang-undang negara agar keselamatan negara terjamin. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah menghormati agama dan budaya kaum lain agar konsep 1 Malaysia dapat dihayati oleh setiap warganegara.

SOALAN 17 : KESIMPULAN

(Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan)                    (5 markah)

a. Pengetahuan yang diperoleh

             Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem ini merupakan  satu sistem pemerintahan yang membolehkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan melalui pilihan raya. Kerajaan yang memerintah perlu menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat. Di samping itu,  rakyat berpeluang membentuk sebuah kerajaan yang teguh.

b. Iktibar kepada diri bangsa dan negara

            Nilai murni  dan patriotisme yang diperoleh dengan memupuk semangat cinta akan negara. Kestabilan negara bergantung kepada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan. Di samping itu, negara terus dihormati kerana kestabilan politik. Kita hendaklah berganding bahu untuk memajukan negara dan bangsa.

c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil
            Saya berharap agar negara akan terus aman dan makmur. Selain itu, kerajaan  yang adil dapat dikekalkan hasil kerjasama dalam kalangan rakyat. Perasaan setia dan bangga perlu diteruskan oleh generasi akan datang. Amalan demokrasi yang dijalankan di Malaysia perlulah diteruskan bagi memastikan pentadbiran demokrasi berparlimen terus dilaksanakan.
Pengetahuan     =        1    isi   (wajib)
Iktibar               =        1    isi   (wajib)
Harapan           =         1    isi   (wajib)
Mana -mana     =        2    isi    (wajib)
Jumlah              =        5    isi

_________________________________________________________________________________
     CONTOH 4

TEMA UMUM:
Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Soalan 1
1. (a). Konsep demokrasi berparlimen
        Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen bermaksud rakyat terlibat dalam sistem pemerintahan negara manakala raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
    (b). Latar belakang sistem demokrasi berparlimen
          Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak  mencapai kemerdekaan. Sistem raja berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri.Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentu kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaanyang sedia ada melalui pilihan raya.
Soalan 2
Terangkan ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dari aspek
a.  Perlembagaan
              Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi   yang menjadi asas pembentukan  sesebuah negara. Perlembagaan dijadikan  dokumen rasmi  dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
              Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara yang mengandungi pelbagai peruntukan  seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,Institusi Yang DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan membahagikan kuasa antara Kerajaan persekutuan dengan  Kerajaan Negeri.
b. Raja Berperlembagaan
             Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara merupakan  simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri.
     Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang
Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergillir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan  iaitu Badan Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari) Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan Bersenjata. Yang di Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah tentera. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
      Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri  baginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik . Perdana Menteri.Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang  darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam.
Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya,ahli Perkhidmatan Kehakiman,serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.
     c) Kuasa Pemerintah
        Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintah dibahagikan kepada badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman.
Badan Pelaksana  melibatkan Jemaah Menteri atau kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara .Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan menyelaraskan program pembanguan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada masa ini,terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha Politik. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian  tertentu dikenal sebagai Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian,pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenal sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar  dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenal sebagai Ketua Pengarah Sesebuah Kementerian pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat,negeri dan daerah.
Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang  bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)/Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)/Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM)
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan Pelantikan , kenaikan pangkat dan  memantau disiplin  kakitangan kerajaan. Contoh-contoh suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan  Awam,Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Badan Perundangan
        Parlimen adalah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang DiPertuan Agong , Dewan Negara  Dan Dewan Rakyat. Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi  menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
    Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam  sistem pemerintahan negara kita.Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih  daripada 13 buah negeri,iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kalangan ahli DUN. Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah memberi  sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan awam,bidang professional atau bidang tertentu seperti perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli.
Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Seorang Senator memegang jawatannya bagi tempoh 3 tahun.  Senator mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.Taraf senator sama dengan ahli Parlimen.Senator boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 tahun
Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak dan Sabah dinamakan Ordinan.
III.Badan Kehakiman
        Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukanaffidavit) manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan kehakiman menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
          Badan kehakiman berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk
melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia. Mahkamah berkuasa mentafsir perlembagaan,mentafsir undang-undang ,mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang
    Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid
Melalui sistem ini,individu atau kumpulan yang tidak berpuasa hati dengan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
           Urusan perlantikan,kenaikan pangkat,dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik.Justeru itu kadialan dan kesaksamaan undang-undang terjamin.Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan
Peguan Negara juga akan menjadi Pendakwa Raya atau PeguamBela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman

d) Pilihanraya
            Pilihanraya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah pada peringkat negeri
atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pilihanraya diuruskan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya(SPR).        Keanggotaan SPR dilantik oleh YD Agong selepas berunding dengan
Majlis   Raja-Raja Melayu

         SPR ditubuhkan bagi menjamin pilihanraya yang adil dan bebas. SPR  berfungsi menentukan sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran    pemilih,mengendalikan Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil Warganegara Malaysia boleh menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya.

     Calon mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun,     bermastautin di Malaysia, sempurna akal, tidak muflis, tidak   memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
       Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri akan hilang kelayakan jika dihukum penjara tidak kurang dari 12 bulan atau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan.Calon boleh bertanding mewakili parti atau atas calon bebas
       Pengundi mesti warganegara berumur 21 tahun, bermastautin
 Atau tidak bermastautin dan tinggal di mana-mana kawasan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Pengundi hanya boleh mengundi di sebuah kawasan  pilihan raya sahaja. 
  
        Undi Pos diperuntukan kepada anggota keselamatan, pelajar di luar negara  dan pegawai kerajaan yang bertugas yang diluar negara.
Soalan 3
Faedah/Kepentingan pelaksanaan Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.
Kepentingan Perlembagaan/  Raja Berperlembagaan/Pilihanraya/Pengagihan kuasa pemerintah

     Kepentingan Perlembagaan adalah untuk  menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan,serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotism dapat dibentuk, contohnya dalam Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.

Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh kesetiaan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini serta membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang. Perlembagaan dapat menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dalam pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan dan pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Perlembagaan juga memastikan Perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri untuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Kepentingan Raja Berperlembagaan adalah Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama Negara serta simbol keutuhan perpaduan rakyat. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah tentera. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam.

Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sehingga kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi oleh raja.

Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Pilihan raya membolehkan rakyat memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan hal-hal tertentu seperti  kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
       Pilihan raya yang diadakan di Malaysia penting supaya warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana politik yang mereka gemari. Pilihan raya membolehkan seseorang menjadi calon dan boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas dalam pilihan raya. Pilihan raya membolehkan seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
      Pilihan raya penting supaya setiap warganegara bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa, melibatkan diri dan memberi berpeluang  kepada rakyat membentuk sebuah kerajaan, menyokong kerajaan yang disukai, menukar kerajaan yang sedia ada,mengekalkan kerajaan yang adil, mengekalkan kerajaan yang sejahtera dan mengekalkan kerajaan yang stabil.
      Pilihan raya dapat menjamin kestabilan politik, menjamin kemakmuran ekonomi, menjamin permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, memantapkan sistem pemerintahan demokrasi dengan sokongan rakyat. Melalui pilihan raya kerajaan yang memerintah dapat menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat yang diperintah.

                Pengagihan kuasa pemerintah yang terdiri daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penting kerana kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya.
Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini, kedua-dua kerajaan menpunyai kuasa terhadapnya. Pengagihan kuasa dapat memelihara keharmonian hubungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri,mengekalkan kedaulatan negeri,memelihara hak negeri, memelihara tradisi bangsa dan mengelakkan perbalahan etnik di samping memelihara hak bumiputera.
      Pengagihan kuasa membolehkan pemimpin dan rakyat akan sentiasa mengamalkan sikap toleransi untuk kepentingan bersama. Pengagihan kuasa  dapat  mengurangkan beban kerajaan pusat, memudahkan pembangunan  ekonomi, menyatupadukan pelbagai wilayah yang berasingan, meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran agar menjadi lebih sistematik, mengekalkan pemusatan kuasa, mengimbangi kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan membentuk kerajaan  Persekutuan yang stabil dan berwibawa.
Soalan 4
(a) Keperluan pindaan perlembagaan
                Antara sebab perlunya pindaan perlembagaan ialah bagi melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara serta melicinkan pentadbiran negara.
     Pindaan perlembagaan diperlukan bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu serta hak istimewa orang Melayu. 
     Selain itu pindaan diperlukan supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan perubahan dan keperluan keadaan semasa di samping menjadikannya sebagai undang-undang yang munasabah agar kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. 
     Pindaan perlembagaan bertujuan untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa di negara kita. 
b) Membandingkan fungsi / tugas  Badan Pemerintah
i) Badan Pelaksana ( Eksekutif )
     Badan pelaksana terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian, Suruhanjaya, Perkhidmatan Awam, Jabatan serta Badan Berkanun. Jabatan Perdana Menteri merupakan pembuat dasar tertinggi negara yang menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara di samping berfungsi sebagai badan pelaksana undang-undang. Di peringkat kementerian, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.  Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial.  Terdapat 26 buah kementerian.
     Suruhanjaya pula berfungsi dalam mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawai perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan.  Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang dibantu oleh kumpulan perkhidmatan awam. Jabatan diketuai oleh ketua jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.  Sesebuah kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.  Ia ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjwab pada menteri yang berkenaan.
ii) Badan Kehakiman ( Judisiari )
     Antara fungsi Badan Kehakiman dalam Sistem Kehakiman Malaysia ialah mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah, menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan dan pihak Badan Pelaksana, berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri serta melaksana tugasnya melalui sistem mahkamah. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan Negara, mentafsir undang-undang dan mengisytiharkan undang-undang bertulis. Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri serta mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
iii) Badan Perundangan ( Legislatif )
     Badan Perundangan terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang berfungsi menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.  Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang.

(c) Pengagihan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
I   Senarai Persekutuan
      Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. Antaranya hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, pentadbiran dan keadilan, kerakyatan, pilihanraya serta kewangan. Selain itu, ia juga meliputi aspek pelajaran, kesihatan, orang Asli, keselamatan buruh dan sosial, kerja raya serta perkapalan, pelayaran dan pengangkutan.
II Senarai Negeri
       Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya. Antaranya undang-undang Islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan, Kerajaan Negeri, Undang-undang negeri dan hari cuti negeri.
III  Senarai Bersama
      Senarai Bersama pula menurunkan bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya. Antara bidang kuasa secara bersama ialah kebajikan sosial, biasiswa,Taman Negara, perancangan bandar dan wilayah, penjagaan haiwan, kesihatan dan kebersihan awam, parit dan tali air, pemulihan, hiburan awam serta perhubungan.
Kepentingan Pengagihan Kuasa
     Antara kepentingan pengagihan kuasa ialah dapat menjamin kestabilan politik negara di samping mewujudkan pentadbiran yang seragam.  Selain itu, ia dapat melancarkan dan menjamin pentadbiran yang lebih berkesan.  Justeru itu, pentadbiran akan menjadi lebih mantap.  Selanjutnya, rancangan pembangunan  dapat dikendalikan dengan teratur manakala dapat mengukuhkan perpaduan rakyat.  Malah, kesejahteraan dan keharmonian rakyat dapat dipelihara serta dikekalkan.  Akhirnya, pengagihan kuasa ini dapat mengurangkan beban kerajaan pusat.                                                                                                                                                                    
d) Proses Pilihan raya
     Proses pilihan raya dimulai dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan sempadan / kawasan pilihanraya. SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, penamaan calon, penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding dan disusuli dengan pelancaran kempen pilihan raya. Biasanya antara 7-15 hari.  Selanjutnya SPR membuat pengumuman tentang tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.  Pada hari mengundi yang ditetapkan, para pengundi akan diberi kertas pengundian yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat pengundian.
     Seterusnya ialah pembuangan undi iaitu pengundi akan memangkah calon pilihannya pada kertas undi kemudiannya memasukkan kertas undi tersebut ke dalam peti yang disediakan. Proses selanjutnya ialah pengiraan undi dibuat selepas 5 petang.  Calon yang memperoleh kiraan undi terbanyak dikira sebagai pemenang.  Proses terakhir ialah pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
Soalan 5
i)                    Pelaksanaan (Demokrasi Berparlimen/Pilihan Raya/Pengagihan Kuasa) Penting / Memberi Manfaat Kepada Rakyat dan Negara.
ii)            Peranan / usaha  rakyat/ demokrasi berparlimen/Perlembagaan/Pilihan raya/badan                           
               pemerintah mengukuhkan pentadbiran negara.

Keadaan ini menjamin kestabilan politik negara, memastikan pentadbiran licin dan cekap, memajukan ekonomi negara dan menjamin keadilan kepada semua kaum di Malaysia. Selain itu, melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, menjamin perpaduan antara kaum, mengekalkan kedaulatan negara dan menaikkan imej negara. Seterusnya, dapat merealisasikan wawasan 2020, menjamin kebebasan bersuara, melahirkan pemimpin yang berkaliber dan membentuk rakyat yang matang. Tidak ketinggalan, ia akan meningkatkan daya saing negara, melahirkan masyarakat yang berilmu dan mengukuhkan hubungan negara serantau dan antarabangsa.   

Soalan 6
6. a) i.  Kejayaan sistem demokrasi berparlimen dalam memakmurkan negara
        ii. Kejayaan sistem demokrasi  berparlimen  dalam mewujudkan  masyarakat  dan  negara Malaysia yang sejahtera.
        iii. Amalan demokrasi berparlimen telah memantapkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia serta kesejahteraan rakyat.
        iv. Kejayaan  sistem demokrasi berparlimen dalam menjana kemakmuran negara Malaysia.
                Kejayaan sistem demokrasi berparlimen dalam memakmurkan negara ialah melahirkan rakyat yang setia kepada raja dan negara. Selain itu rakyat yang patuh kepada undang-undang akan menjamin kestabilan dan keamanan negara. Rakyat bebas dan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti ekonomi telah  menarik minat pelabur asing seterusnya menambah peluang pekerjaan. Kemasukan pelabur asing pastinya akan meningkatkan infrastruktur yang akan menaikkan taraf hidup rakyat. Penekanan sifat tolong-menolong dan bertoleransi dalam sistem demokrasi akan melahirkan rasa cinta dan sanggup berkorban demi kemakmuran negara.
      b) Ketelusan pilihan raya jamin pentadbiran mantap
                Ketelusan pilihan raya menjamin pentadbiran mantap apabila wujud kerjasama rakyat dan parti yang bertanding. Sifat tolong-menolong juga dapat diamalkan sepanjang proses pilihan raya. Akhlak mulia yang ditonjolkan oleh calon parti yang bertanding menunjukkan kematangan dalam sistem demokrasi. Ketaatan undang-undang menjamin kelancaran dan menjaga keamanan negara. Kebebasan membuat pilihan berlandaskan perpaduan di kalangan rakyat menjamin kestabilan negara. Pentadbiran yang mantap akan memajukan ekonomi seterusnya menjadi contoh kepada negara lain. 
Soalan 7
(i)
(a)    Melaksanakan Demokrasi Berparlimen
(b)   Memastikan keamanan melalui perlembagaan / undang-undang
(c)    Memastikan kestabilan politik berterusan
(d)   Memastikan pilihanraya telus dan adil
         
            Cabaran yang dihadapi ialah untuk mengekalkan perpaduan . Malaysia mempunyai  pelbagai  kaum,  agama dan  bahasa  ibunda. Selain itu cabaran  untuk mengekalkan persefahaman dalam berpolitik kerana di Malaysia terdapat pelbagai  ideologi politik.  Cabaran yang lain ialah tahap kematangan rakyat berpolitik masih rendah. Cabaran seterusnya ialah  menangani cabaran globalisasi.  dan penyebaran maklumat yang kurang tepat .
             Seterusnya cabaran menangani pengaruh luar dan ancaman keselamatan oleh kuasa-kuasa besar dunia. Selain itu, cabaran menangani politik wang dalam pilihanraya atau parti. Cabaran seterusnya ialah semangat patriotisme dan jati diri dalam kalangan rakyat semakin luntur. Cabaran berikutnya   politik dikuasai oleh golongan elit . Akhirnya cabaran keengganan pihak tertentu menerima suara  majoriti rakyat.      
Soalan 7 (ii)
Langkah-langkah untuk menangani cabaran tersebut.   

        Langkah-langkah untuk menangani  cabaran tersebut ialah  rakyat Malaysia perlu
mengekalkan perpaduan kaum dan menghayati  serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara. Selain itu, semua lapisan masyarakat harus berfikiran terbuka dengan mengamalkan
politik yang sihat dan saling menghormati ideologi politik masing-masing. Setiap individu perlu
memiliki jati diri  dan semangat patriotisme yang tinggi. 

         Rakyat harus menyokong penuh pemerintah negara dengan menjaga keamanan  serta mempertahankan kedaulatan negara. Selain itu pemimpin juga perlu berwibawa dan berpandangan jauh. Rakyat juga perlu menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mematuhi undang-undang dan setia pada negara.
Soalan 8
Nilai murni yang diperoleh hasil daripada  sistem demokrasi berparlimen
       Nilai murni  yang diperoleh  ialah   rakyat  hidup aman dan damai kerana rakyat terlibat dalam sistem pemerintahan negara. Rakyat bebas bersuara dan bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya yang diadakan. Rakyat  juga bebas memiliki harta dan kekayaan tanpa sekatan asalkan mengikut peraturan yang ditetapkan. Rakyat juga taat kepada pemerintah dan patuh pada undang-undang negara serta mempunyai semangat cintakan negara. Seterusnya  toleransi dan saling memahami antara masyarakat  dapat dipupuk.
Soalan 9
RUMUSAN
             Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang melibatkan peranan rakyat dalam pilihan raya, peranan pemimpin dalam kuasa pemerintahan dan peranan yang Dipertuan Agong sebagai ketua Negara. 
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ialah kerjasama antara rakyat dan pemimpin penting untuk kemajuan Negara. Perpaduan yang kukuh akan memastikan sistem demokrasi dapat dilaksanakan dengan lancar dan menjamin kedaulatan Negara berterusan.
Harapan saya semoga Malaysia dapat mengekalkan sistem pemerintahan sedia ada, kekal berdaulat dan semakin maju menjelang tahun 2020.

CADANGAN JAWAPAN GUMPALAN 
(KUMPULAN GALUS)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CADANGAN JAWAPAN:

Contoh Soalan :
           
            Sistem pentadbiran negara sebelum sistem pemerintahan demokrasi
          Berparlimen diperkenalkan di Malaysia.
[5 markah]

Isi Jawapan :

            Sebelum Sistem Demokrasi Berparlimen diperkenalkan,  negeri-negeri Melayu telah mempunyai sistem pentadbiran yang boleh dibanggakan. Pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka diketuai oleh sultan. Baginda dibantu oleh pembesar pusat yang terdiri daripada Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Syahbandar serta dibantu oleh pembesar di peringkat daerah. Pentadbiran dijalankan mengikut Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

            Di Negeri Sembilan, sistem pemerintahan berasaskan Adat perpatih. Kedaulatan berada di tangan rakyat. Perlantikan pemimpin daripada peringkat paling bawah. Anak Buah, memilih Buapak, Lembaga Undang dan melantik Yang Dipertuan Besar. Walaupun Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi, tetapi keputusan dibuat berdasarkan perundingan dengan Undang.

            Kerajaan Johor dan Trengganu mempunyai undang-undang tubuh berasaskan perlembagaan Barat. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor dan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu dibentuk untuk memantapkan pentadbiran negeri. Pentadbiran dijalankan melalui Majlis Mesyuarat Negeri.

Contoh Soalan :
      
       Sebab negara kita memilih sistem pemerintahan demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran negara.
[15 markah]

Isi Jawapan :

                        Negara kita memilih sistem demokrasi berparlimen sebagai asas pentadbiran kerana rakyat berpeluang memilih kerajaan melalui pilihan raya. Rakyat berhak untuk memilih, menukar atau mengekalkan kerajaan. Sistem demokrasi berparlimen juga dipilih kerana hendak mengekalkan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak pemerintahan dan menjadi lambang taat setia rakyat.

            Sistem demokrasi berparlimen dipilih kerana hendak melicinkan pentadbiran negara. Pentadbiran menjadi lebih lancar dengan mewujudkan pengagihan kuasa melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

            Sistem Demokrasi Berparlimen dipilih kerana hendak menjamin kestabilan politik negara Malaysia. Kuasa pemerintahan negara dibahagikan kepada Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan  Kehakiman. Ketiga-tiga badan yang dipegang oleh pihak berasingan dapat mengelakkan pembolotan kuasa.

            Negara kita memilih Sistem Demokrasi berparlimen kerana hendak mengekalkan perpaduan rakyat. Gabungan parti politik pelbagai kaum dalam kerajaan dapat mewujudkan integrasi nasional. 

       Sebab anda patut berbangga dengan sistem pemerintahan demokrasi     berparlimen di Malaysia.
[15 markah]

Isi Jawapan :

            Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dapat mewujudkan keamanan negara. Sistem demokrasi berparlimen membolehkan rakyatnya dapat hidup dengan tenteram, bebas serta mendapat layanan yang adil, saksama dan sama rata. Tunjuk perasaan dan pertumpahan darah tidak berlaku di Malaysia kerana rakyat berpuas hati dengan amalan demokrasi berparlimen.

            Sistem  demokrasi berparlimen mengehadkan kuasa pemerintah agar tidak tiada penyalahgunaan kuasa terhadap rakyat dan negara. Sistem demokrasi berparlimen menjamin kestabilan politik negara. Sistem demokrasi berparlimen dapat memelihara kesucian agama Islam. Yang diPertuan Agong mempunyai bidang kuasa menjaga agama Islam.

            Sistem demokrasi berparlimen membolehkan pemimpin menjalankan pemerintahan menepati aspirasi rakyat dengan merujuk prinsip pentadbiran yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. 

Sistem demokrasi berparlimen dapat memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lain. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak juga tertera dalam perlembagaan. Sistem demokrasi berparlimen menetapkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dilaksanakan dengan berhati-hati supaya tidak mengabaikan kaum-kaum lain.

            Sistem demokrasi berparlimen dapat memantapkan undang-undang negara. Badan Perundangan bertanggungjawab menggubal undang-undang bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

            Sistem demokrasi berparlimen meletakkan Perlembagan Malaysia menjadi rujukan utama dalam mengurus tadbir negara. Ia mengatasi segala undang-undang lain. Tidak ada undang-undang lain yang harus mencabar keunggulanya.

            Sistem demokrasi berparlimen memastikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dipatuhi.

            Sistem demokrasi berparlimen dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Setiap kaum berhak mengamalkan budaya cara hidup kaum masing-masing. Rakyat Malaysia berkongsi kegembiraan menyambut perayaan bersama-sama walaupun berbeza anutan agama.

Contoh Soalan :
      
       Perlunya setiap warganegara memahami prinsip amalan sistem     pemerintahan demokrasi.
[10 markah]
Isi Jawapan :

                        Warganegara Malaysia perlu memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen supaya mereka dapat memilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui pentadbiran negara. Melalui pilihan raya, rakyat boleh memberi mandat kepada sesebuah parti untuk membentuk kerajaan dan memerintah negara. Rakyat mengetahui bahawa  kerajaan yang memerintah hendaklah menunaikan tanggungjawabnya. Memahami prinsip amalan demokrasi dapat menjamin kestabilan politik dan kamakmuran ekonomi negara.

            Warganegara Malaysia juga perlu memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen agar mereka tahu akan hak dan peranan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara tahu bahawa mereka dilindungi oleh perlembagaan. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara bebas berpersatuan, beragama dan memiliki harta.

            Kefahaman terhadap prinsip amalan demokrasi membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.

            Warganegara Malaysia perlu memahami pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen bagi menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan dan kelicinan pentadbiran dan pemerintahan kerajaan. Perlembagaan Malaysia menjadi panduan kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. 

          Parti politik yang memerintah mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Pemimpin dapat menjalankan pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

            Kefahaman tentang prinsip demokrasi berparlimen dapat menghindarkan  pemerintah daripada melakukan penyalahgunaan kuasa. Pemerintahan yang bercirikan demokrasi berparlimen perlu difahami oleh warganegaranya demi mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.

            Memahami prinsip amalan demokrasi dapat mengelakkan perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Seseorang individu tidak menyentuh perkara yang sensitif secara terbuka kerana boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Warganegara perlu memahami prinsip demokrasi agar keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita terpelihara.

Contoh Soalan :
            Kejayaan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi       berparlimen telah mensejahterakan masyarakat dalam negara.
[10 markah]

Isi Jawapan :

            Malaysia berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Amalan tersebut telah meningkatkan taat setia rakyat kepada negara dan pemerintah.

            Malaysia berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan Malaysia. Pemerintahan tersebut menyebabkan menjamin keselamatan negara dan rakyat.

            Malaysia berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negara melalui amalan pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan pentadbiran negara lebih cekap.

            Malaysia berjaya memperkasakan fungsi Parlimen sebagai institusi penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan secara telus, profesional dan berhemah. Situasi itu menyebabkan dasar yang diluluskan lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

          Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran yang cekap melalui Badan Pelaksana. Negara menjadi stabil  dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia menjadi negara yang makmur dan sejahtera.

            Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan Badan Kehakiman yang menguatkuasakan undang-undang negara. Rakyat dilindungi oleh undang-undang secara adil.

            Malaysia berjaya mengamalkan pilihan raya yang bebas dan bersih. Rakyat  mendapat hak asasi dan kebebasan untuk memilih kerajaan yang berwibawa dalam sistem pilihan raya di negara ini.

            Malaysia berjaya melibatkan rakyat dalam politik melalui pilihan raya. Pemimpin Rakyat boleh memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang sosial dan pendidikan dalam negara.

            Malaysia berjaya memberi kebebasan kepada rakyat menubuhkan dan menyertai mana-mana pertubuhan. Tindakan tersebut dapat meningkatkan penglibatan rakyat dalam membantu meringankan krisis kemanusiaan.

            Malaysia berjaya memupuk perpaduan kaum melalui gabungan parti politik pelbagai kaum. Rakyat dapat mengamalkan kehidupan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

            Malaysia berjaya mengamalkan konsep pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Rahsia kejayaan ini dapat mewujudkan pembangunan seimbang antara negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Contoh Soalan :
      
       Tanggungjawab / peranan setiap warganegara dalam meneruskan           pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
[15 markah]

Isi Jawapan :

            Antara peranan warganegara Malaysia dalam menjayakan sistem Demokrasi Berparlimen ialah senantiasa menghormati keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

            Rakyat hendaklah memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyat hendaklah sentiasa menghayati semangat nasionalisme. Setiap warganegara hendaklah sentiasa menyanjung kebaikan dasar-dasar kerajaan agar dapat mengekalkan sistem pemerintahan yang sedia ada.

            Rakyat hendaklah mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi menjamin keselamatan negara. Kadar jenayah dalam negara akan berkurangan jika setiap awrganegara patuhi undang-undang.

            Setiap warganegara hendaklah menjalin hubungan baik dengan kaum-kaum lain. Sikap toleransi kaum dapat menjadikan integrasi nasional lebih kukuh. Semangat kekitaan semakin kukuh dalam jiwa rakyat Malaysia.

            Setiap warganegara perlu mendokong dasar kerajaan. Slogan yang dilancarkan oleh kerajaan hendaklah difahami dengan jelas. Konsep slogan tersebut perlu disebarluaskan agar wawasan kerajaan difahami oleh orang lain.
 
         Warganegara yang prihatin perlu menegur kesilapan kerajaan. Teguran yang dilakukan hendaklah dibuat dengan cara yang berhemah. Cadangan patut menggunakan saluran yang betul supaya sampai kepada kerajaan dan dapat meningkatkan kecekapan urustadbir kerajaan.

            Kita janganlah membangkitkan perkara-perkara sensitif demi memelihara keharmonian kaum di negara kita. Tindakan ini dapat mengelakkan ketegangan dan perbalahan kaum.

            Rakyat haruslah menyokong usaha kerajaan mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh oleh anasir luar. Rakyat perlu menghindari diri daripada terlibat dengan anasir yang boleh merosakkan negara seperti perhimpunan di jalanan.

            Rakyat harus bekerjasama dan membantu kerajaan mengekalkan keharmonian negara. Keamanan negara mampu memacu pembangunan ekonomi Malaysia dengan lebih cemerlang.

            Warganegara Malaysia mestilah melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Setiap warganegara harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara. Individu yang berkelayakan hendaklah mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya

            Warganegara Malaysia juga perlu mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan menjadi lambang taat setia rakyat di negara ini. Pengukuhan institusi beraja dapat mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

________________________________________________________________________________

 __________________________________________________________________________________
                                                       
20I3 
CONTOH JAWAPAN KERTAS 3

ISI KANDUNGAN MODUL
HASIL PERBINCANGAN DGN MURID2

RAMALAN 1 

RAMALAN 2 (PEPERIKSAAN PERCUBAAN)
CONTOH JAWAPAN MURID

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

CONTOH 1:
Malaysia telah menjalikan hubungan dengan negara-negara luar bagi menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Berdasarkan fakta yang diperoleh, bincangkan sejarah perkembangan pembentukan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar. 

1. PENGENALAN (5 MARKAH)
    Nyatakan matlamat dasar luar negara kita.
    (rujuk buku teks-m.s 237)

2. MEMAHAMI (30 MARKAH)
    i. Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas penggubalan          Dasar Luar Malaysia. (15m)
       (rujuk buku teks m.s 237-239)

 ii. Terangkan perkembangan Dasar Luar Malaysia (15m)
       (rujuk buku teks m.s 240-242)
    
3. MENGANALISIS (15 MARKAH)
     Huraikan faedah yang diperolehi Malaysia dengan menganggotai Pertubuhan Bangsa       
     Bangsa Bersatu.
     (rujuk buku teks m.s 240-242)
4. MENGAPLIKASI (15 MARKAH)
    Malaysia telah menyertai beberapa pertubuhan          antarabangsa secara aktif. Apakah 
    peranan  yang dimainkan oleh negara kita sehingga kini?

        Peranan yang dimainkan oleh Malaysia ialah menjadi tuan rumah Sidang Komanwel 1989 (CHOGM) dab mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang berkaitan isu pencemaran alam sekitar. Malaysia juga bersuara lantang menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan.
       Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 98. Malaysia turut terlibat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan menghantar pasukan pengaman ke Congo/Zaire, Namibia dan Bosnia. Tidak ketinggalan juga Malaysia menghantar pasukan pengaman ke sempadan Iran-Iraq/Kampuchea/Timor Leste.
      Di samping itu, Malaysia menyarankan agar benua Antartika dijadikan warisan dunia. Malaysia juga mengambil pendirian tegas terhadap usaha-usaha menangani gejala penyalahgunaan dadah.
      Malahan Perdana Menteri Malaysia pernah menjadi Yang di-Pertua Persidangan Anti Dadah di Vienna (Austria) pada 1987. Di samping itu, Malaysia bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB seperti FAO,WHO, dan UNESCO. 
      Malaysia juga pernah menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB (1965,1989 dan 1999). Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail dilantik menjadi Pengerusi Perhimpunan Agong PBB dan wakil Khas PBB untuk menyelesaikan konflik di Mynmar.
      Malaysia juga berpendirian tegas mendesak PBB untuk menyelesaikan masalah Palestine dengan menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestine di Kuala Lumpur. Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membina kepentingan negara-negara membangun dalam sidang kemuncak NAM ke-7 di New Delhi. 

5.  MENILAI (10 MARKAH)
     Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa telah memberi banyak manfaat          kepada negara kita. Jelaskan. 

Komanwel:
     Selepas mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan, dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. 
     Perjanjian pertahanan dengan Britain, Austrlia, dan New Zealand juga menjanjikan bantuan ketenteraan sekiranya Malaysia diserang mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.
     Dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. 
      Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan dapat menarik kehadiran pelancong asing ke negara ini. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
      Malaysia telah menjadi ahli Bank Dunia iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945.Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan.
     Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. 
      Malaysia juga mendapat bantuan teknikal dan nasihat semasa menghadapi ancaman Virus Nipah. Malaysia telah bekerjasama dalam bidang pengeluaran makan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Agricultural Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan berubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

6. MENJANA IDEA (10 MARKAH)
    Berikan cadangan anda untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa. 
       
         Cadangan saya untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa, pertama Malaysia perlu melahirkan pemimpin yang berani bersuara lantang diperingkat antarbangsa. 
         Kedua, Malaysia perlu menghantar bantuan kemanusiaan ke negara yang memerlukan. Ketiga, Malaysia perlu menjadi pemimpin dan mengetuai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Keempat, menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa. Kelima, menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa. Keenam, menyertai pameran bertaraf antarabangsa. Ketujuh melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa berkaitan R&D. Kelapan, menghasilkan penyelidikan, buku, novel yang bertaraf antarabangsa. Kesembilan, menjadi perantara atau orang tengah kepada negara-negara yang sedang bergolak. Kesepuluh, menjadi pelopor hab halal dunia.   

7. MENGHAYATI NILAI/IKTIBAR/UNSUR PATRIOTISME (10 MARKAH)
    Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme hasil daripada hubungan dengan negara luar. 

         Sifat hormati-menghormati, bertolak ansur dan kerjasama dengan negara luar boleh mendatangkan manfaat kepada negar kita. Di samping itu, sejarah perhubungan dengan negara luar dapat mempertingkatkan semangat cinta akan tanah air serta melahirkan masyarakat berharmoni dalam kalangan warganegara kita. 
         Akhirnya rakyat kita akan menjadi masyarakat yang mementingkan budaya ilmu, mampu berdikari dan tabah menghadapi cabaran luar pada masa akan datang. Pemimpin yang berwibawa serta berwawasan akan berupaya mentransformasikan negara kita menjadi sebuah negara yang sentiasa disegani oleh masyarakat luar. 

8. RUMUSAN (5 MARKAH)
Anda telah mengetahui banyak perkara berkaitan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Apakah manfaatnya hubungan tersebut kepada diri, masyarakat dan negara?

     Banyak pengetahuan yang saya dapati daripada sejarah perhubungan antarabangsa. Kita perlu berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang sedia ada untuk memajukan negara sekiranya ingin berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain. 
     Selain itu, negara akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu padu dan bekerjasama mempertahankan kedaulatan negara. 
      Negara memerlukan pemimpin yang cekap, berintegriti, dan berwawasan serta pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna. 

   ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FOTO WAJAH2 CERIA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SEJARAH SPM 2013

KERTAS 3
14 NOVEMBER 2013

Tiada ulasan: